Thursday 11 May 2017

PROFIL MTM

MIND TRAINING MOTIVATION (MTM) ditubuhkan pada April 2015 dan merupakan anak syarikat kepada WEC Group. Bergiat secara aktif dalam menganjurkan program pendidikan di seluruh Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan, Yayasan Negeri, Institut Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Pada tahun 2015 sahaja pihak kami berjaya menganjurkan lebih 430 program. Ini adalah satu pencapaian positif untuk dijadikan makluman kepada para pelanggan

MTM sebagai syarikat konsultan pendidikan menyedari bahawa program-program sebegini amatlah penting kepada pihak sekolah, institusi pengajian, kolej dan universiti dimana kami turut membantu membina sahsiah dan sikap positif pelajar mencapai kecemerlangan diri khususnya dalam peperiksaan. Sekaligus ia dapat membantu pihak sekolah, institusi pengajian, kolej dan universiti dalam memperkasakan sistem pendidikan yang sedia ada demi melahirkan pelajar yang berkualiti.

Antara peranan penting kami di dalam sistem pendidikan adalah seperti berikut :

a)  Meningkatkan kecemerlangan mutu kerja melalui pewujudan arah dan penetapan matlamat.
b)       Memberi kekuatan dan kesungguhan bekerja dengan lebih cemerlang melalui sikap kerja yang positif.
c)       Membantu jabatan-jabatan mempertingkatkan mutu kerja pegawai-pegawai ke arah sikap positif yang berorientasikan pencapaian.
d)  Membantu dan memudahkan pelajar, ibu bapa dan guru-guru bagi mengenalpasti masalah-masalah pelajar dalam sistem pembelajaran dan mencadangkan kaedah penyelesaian yang terbaik.
e)       Membantu pihak sekolah mempertingkatkan tahap disiplin dan Motivasi serta kecemerlangan diri seterusnya menjana kecemerlangan pelajar.
f)         Menyediakan program inovasi yang terkini supaya pelajar mampu mencapai kecemerlangan diri khususnya dalam peperiksaan. 


SURAT SOKONGAN DARIPADA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

SAVE THE DATE!!!