PROFIL

MIND TRAINING MOTIVATION (MTM) ditubuhkan pada April 2015 dan bergiat secara aktif dalam menganjurkan program pendidikan di seluruh Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan, Yayasan Negeri, Institut Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Pada tahun 2015 sahaja pihak kami berjaya menganjurkan lebih 430 program. Ini adalah satu pencapaian positif untuk dijadikan makluman kepada para pelanggan

MTM sebagai syarikat konsultan pendidikan menyedari bahawa program-program sebegini amatlah penting kepada pihak sekolah, institusi pengajian, kolej dan universiti dimana kami turut membantu membina sahsiah dan sikap positif pelajar mencapai kecemerlangan diri khususnya dalam peperiksaan. Sekaligus ia dapat membantu pihak sekolah, institusi pengajian, kolej dan universiti dalam memperkasakan sistem pendidikan yang sedia ada demi melahirkan pelajar yang berkualiti.

Antara peranan penting kami di dalam sistem pendidikan adalah seperti berikut :

a)  Meningkatkan kecemerlangan mutu kerja melalui pewujudan arah dan penetapan matlamat.
b)       Memberi kekuatan dan kesungguhan bekerja dengan lebih cemerlang melalui sikap kerja yang positif.
c)       Membantu jabatan-jabatan mempertingkatkan mutu kerja pegawai-pegawai ke arah sikap positif yang berorientasikan pencapaian.
d)  Membantu dan memudahkan pelajar, ibu bapa dan guru-guru bagi mengenalpasti masalah-masalah pelajar dalam sistem pembelajaran dan mencadangkan kaedah penyelesaian yang terbaik.
e)       Membantu pihak sekolah mempertingkatkan tahap disiplin dan Motivasi serta kecemerlangan diri seterusnya menjana kecemerlangan pelajar.
f)         Menyediakan program inovasi yang terkini supaya pelajar mampu mencapai kecemerlangan diri khususnya dalam peperiksaan. 



SURAT SOKONGAN DARIPADA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



PENGARAH MTM


EN MOHD KHAIRUL BIN RAMLI @ MOTIVATOR KAY

        
         Beliau merupakan Pengasas WEC Group dan dalam masa yang sama beliau juga merupakan Pengarah Syarikat bagi Mind Training Motivation (MTM). Beliau adalah Ketua Penceramah dan Master Jurulatih dalam WEC Group bagi aktiviti indoor dan outdoor. Beliau berpengalaman memberi ceramah lebih daripada 15 tahun dalam mempertengahkan pelbagai modul yang berkaitan dengan Motivasi, Kemahiran Belajar, Pembangunan Insaniah, Kepimpinan Profesional, Keibubapaan dan Team Building  serta berpengalaman dalam menjadi jurulatih bahagian indoor dan outdoor selama 1 dekad.
   
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bandar Baru Sentul. Beliau telah menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Kemudian beliau mengambil Diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai dalam Jurusan Senibina.

            Beliau mula melibatkan diri secara aktif dalam bidang ini seawal umur 16 tahun. Di antara organisasi yang pernah mendapat perkhidmatan beliau adalah sekolah rendah dan menengah di Malaysia, guru-guru, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Yayasan, Pejabat Pendidikan Daerah, Maktab Koperasi Malaysia, Pusat Pemulihan Banduan, Pusat Pemulihan Akhlak, Syarikat-syarikat, NGO, dan pelbagai lagi.

PENGALAMAN

·         Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM)
·         Pegawai Penyiasat Bank Negara
·         Pengetua-pengetua Daerah Hulu Langat
·         Kaunselor Zon Pudu
·         Kaunselor Zon Bangsar
·         Kaunselor Zon Sentul
·         Kaunselor Zon Petaling Perdana
·         Majlis Guru Kaunseling Daerah Kulai
·         Majlis Guru Kaunseling Daerah Segamat
·         Maktab Koperasi Malaysia
·         Persatuan Isteri-Isteri Tentera (BAKAT)
·         Persatuan Isteri-Isteri Polis (PERKEP)
·         KOR AGAMA TENTERA (KAGAT)
·         Yayasan Sarawak
·         Yayasan Sabah
·         Yayasan Selangor
·         Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
·         Yayasan Salam
·         Yayasan Sejahtera
·         Yayasan Budistme
·         Yayasan Batu
·         PPD Pudu Kuala Lumpur
·         PPD Bangsar Kuala Lumpur
·         PPD Sentul Kuala Lumpur
·         PPD Keramat Kuala Lumpur
·         PPD Klang Selangor
·         UPNM
·         UiTM Lendu
·         UTM Skudai
·         UiTM Bandaraya Melaka
·         UiTM Puncak Alam
·         UniTar
·         UniRazak
·         Unikl MIIT,Kuala Lumpur
·         Unikl UBIS,Kuala Lumpr        
·         Unikl IPROM,Shemelin Perkasa
·         Unikl BMI,Gombak
·         Unikl MFI,Bangi
·         Institut Professional Baitumal
·         MRSM Gerik
·         MRSM Serting
·         MRSM Kuala Kubu Bharu
·         MRSM Langkawi
·         Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI)
·         Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang (KISAS)
·         Sekolah Tunas Bakti, Kampung Pandan
·         Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP)
·         Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR)
·         Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)
·         Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR
·         Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS)  
·         Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Sentul (SESERI)
·         Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (INTEGOMB)
·         Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras (ASIS)
·         Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras (SMSS)
·         Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)
·         Kolej Tunku Kurshiah, Seremban (TKC)
·         Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban (SDAR)
·         Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ)
·         Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)
·         Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA)
·         Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (SBPIT)
·         Lantikan Anggota Jabatan Prtahanan Awam Malaysia (JPAM)
·         Jurulatih Kebangsaan Akademi Pembangunan Belia Malaysia
·         Jurulatih di Jabatan Belia dan Sukan.
·         Mempunyai Sijil Kemahiran Asas Kaunseling (APBM)

(Lebih 1000 buah sekolah di Malaysia (LADAP, Parenting & Motivasi  Pelajar)

No comments:

Post a Comment

SAVE THE DATE!!!