MIND TRAINING MOTIVATION (MTM) ditubuhkan pada April 2015
dan merupakan anak syarikat kepada WEC Group. Bergiat secara aktif dalam
menganjurkan program pendidikan di seluruh Malaysia dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan, Yayasan Negeri, Institut Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Pada
tahun 2015 sahaja pihak kami berjaya menganjurkan lebih 430 program. Ini adalah
satu pencapaian positif untuk dijadikan makluman kepada para pelanggan
MTM sebagai syarikat konsultan
pendidikan menyedari bahawa program-program sebegini amatlah penting kepada
pihak sekolah, institusi pengajian, kolej dan universiti dimana kami turut
membantu membina sahsiah dan sikap positif pelajar mencapai kecemerlangan diri khususnya
dalam peperiksaan. Sekaligus ia dapat membantu pihak sekolah, institusi
pengajian, kolej dan universiti dalam memperkasakan sistem pendidikan yang sedia
ada demi melahirkan pelajar yang berkualiti.
Antara peranan penting kami
di dalam sistem pendidikan adalah seperti berikut :
a) Meningkatkan
kecemerlangan mutu kerja melalui pewujudan arah dan penetapan matlamat.
b)
Memberi
kekuatan dan kesungguhan bekerja dengan lebih cemerlang melalui sikap kerja
yang positif.
c)
Membantu
jabatan-jabatan mempertingkatkan mutu kerja pegawai-pegawai ke arah sikap
positif yang berorientasikan pencapaian.
d) Membantu
dan memudahkan pelajar, ibu bapa dan guru-guru bagi mengenalpasti
masalah-masalah pelajar dalam sistem pembelajaran dan mencadangkan kaedah
penyelesaian yang terbaik.
e)
Membantu
pihak sekolah mempertingkatkan tahap disiplin dan Motivasi serta kecemerlangan
diri seterusnya menjana kecemerlangan pelajar.